UALA LUMPUR- Agrobank mengumumkan pelantikan Khadijah Iskandar sebagai pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya berkuatkuasa semalam.
Beliau menggantikan bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Syed Alwi Mohamed Sultan yang mengakhiri tugasnya semalam.
Tiada alasan diberikan oleh bank itu mengenai penamatan kontrak Syed Alwi dalam kenyataannya di sini hari ini.
Beliau dilantik menjadi Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank pada 2 April tahun lepas. – MalaysiaGazette