Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Datuk Mohamaddin Ketapi (kanan) dan Gabenor Narathiwat, Ekarat Leesen (kiri) bergambar kenang selepas gimik pelancaran Program Sukan dan Kebudayaan Thailand-Malaysia 2019 di Hotel Imperial, Narathiwat, Thailand. foto NOOREEZA HASHIM, 28 JUN 2019.

TAK BAI – Wilayah Narathiwat selamat untuk dikunjungi, demikian jaminan diberikan oleh Gabenornya, Ekkarat Lessen.

Jelasnya, kerajaan negara itu mempertingkatkan dasar-dasar keselamatan bukan sahaja di wilayah itu malah di seluruh negara.

“Polisi yang diperkenalkan kerajaan lepas memberi jaminan keselamatan bukan sahaja di Narathiwat bahkan juga daerah-daerah lain di Thailand,” katanya kepada pemberita ketika sidang media selepas mengiringi Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya  Datuk Mohamaddin Ketapi membuat lawatan rasmi ke wilayah itu.

Dua hari di Narathiwat menghadiri Majlis Kebudayaan Thailand-Malaysia dan membuat beberapa lawatan rasmi ke Kuil Sithisanpradi dan Pasar Tani Tak Bai, Mohamaddin menyifatkan wilayah tersebut selamat untuk dikunjungi kerana faktor kawalan keselamatan yang dilihatnya ketat.

Justeru tambah beliau, rakyat Malaysia yang ingin melancong ke wilayah itu tidak perlu rasa bimbang meskipun kawasan tersebut pernah berhadapan dengan pergolakan sebelum ini.

“Kawasan Narathiwat adalah selamat, aman, damai dan selamat dikunjungi.

“Saya dapat melihat setiap sudut ada polis dan tentera berkawal,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast