KUALA LUMPUR – Adik Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah meninggal dunia akibat sakit jantung di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur malam tadi.
Arwah Ahmad Tihami atau Hamka, 48, disahkan doktor menghidap sakit jantung sebelum Ramadan lalu.
Allahyarham dimasukkan ke IJN untuk menjalani pembedahan selepas dikatakan rebah di KL Sentral namun keadaannya kritikal sebelum meninggal dunia.
Hamka adalah anak keenam daripada tujuh beradik hanya bekerja sendiri.
Arwah meninggalkan seorang balu bersama empat anak dan jenazah dikebumikan di Kulim, Kedah pagi ini. – MalaysiaGazette