Saksi yang merupakan Bekas Pengarah SRC International, Datuk Suboh Md Yassin ketika hadir perbicaraan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada hari ke-32 perbicaraan kes dana milik syarikat SRC International Sdn Bhd di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 03 JULAI 2019.

KUALA LUMPUR – Ketika peguam bela, Harvinderjit Singh meneruskan soal balas saksi berkaitan surat arahan dokumen SRC International Sdn. Bhd. yang berkemungkinan telah dipalsukan, Peguam Negara, Tommy Thomas bingkas bangkit membantah.

Tandatangan tersebut didakwa dipalsukan bagi meluluskan pemindahan wang bernilai jutaan ringgit yang melibatkan akaun anak syarikat SRC International iaitu Gandingan Mentari Sdn. Bhd. dan Ihsan Perdana Sdn. Bhd.

Harvindejit menunjukan enam dokumen surat arahan yang ditandatangani bekas pengarah bukan eksekutif SRC International, Datuk Suboh Md Yassin dan mendakwa tandatangan tersebut telah dipalsukan.

Tommy bangkit membantah dengan menyatakan ia belum terbukti lagi, malah mungkin ada penjelasan lain tentang perbezaan tandatangan tersebut.

Suboh memberi gambaran salah satu daripada enam tandatangan itu berbeza dan seperti telah ‘diringkaskan’.

Harvinderjit kemudian menyambung soal balas dengan bertanyakan tentang laporan audit SRC International untuk 31 Mac 2012 dan 2013 yang mempunyai tandatangan Suboh selain menyoal penglibatannya dalam proses audit itu.

Bagaimanapun Suboh mendakwa beliau tidak berapa ingat ada menandatangani laporan audit dan bersetuju dengan pandangan Harviderjit bahawa beliau tidak menandatangani laporan itu kerana berjawatan pengarah bukan eksekutif.

“Jika saya tandatangan sekalipun, semuanya bergantung kepada Ketua Pegawai Eksekutif, Nik Faisal Ariff Kamil yang mempunyai kuasa utama,” kata Suboh.

Semalam, Suboh mengakui sampel tandatangan itu tidak serupa dengan tandatangan pada dokumen, termasuk arahan kepada AmIslamic Bank, untuk pemindahan wang dari SRC International kepada Gandingan Mentari dan Ihsan Perdana. – MalaysiaGazette

https://malaysiagazette.com/blog/2019/07/03/suboh-sambung-keterangan-prosiding-src-international/

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast