Marzuki Yahya

PUTRAJAYA – Timbalan Menteri Luar, Marzuki Yahya berkata kenyataannya mengenai Pulau Batu Puteh di Parlimen semalam mengenai pelaksanaan penghakiman Mahkamah Keadilan Antarabangsa, bukannya menuntut pulau itu.

Beliau berkata, kenyataannya adalah jelas untuk meneruskan perbincangan berkaitan pelaksanaan penghakiman ICJ berhubung kes kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.

“Isu yang saya maklumkan adalah untuk kita teruskan pelaksanaan penghakiman ICJ menerusi Jawatankuasa Teknikal Bersama Malaysia-Singapura (MSJTC).

“Kenyataan saya cukup jelas dan tidak ada kenyataan yang menyataan soal nak ‘claim’ balik Batu Puteh,” katanya.

Marzuki berkata, mesyuarat MSJTC ke-8 dijangka berlangsung Oktober ini dengan Malaysia sebagai tuan rumah.

Tujuh mesyuarat MSJTC sebelum ini diadakan berkaitan proses perundingan pembatasan sempadan maritim antara Batu Puteh dan Batuan Tengah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast