abatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mahukan keadilan untuk anggotanya Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim terlaksana walau apa juga kaedah yang diambil pihak berkuasa dalam menentukan punca kematiannya.
Laporan Penuh Jawatankuasa Khas Siasatan Kes Kematian anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim dijangka akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri bulan hadapan.

SHAH ALAM – Inkues akan memanggil seorang pakar fizik yang bakal memberi keterangan berhubung pengiraan daya daripada dua kenderaan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) pada malam rusuhan kuil November tahun lalu sehingga mengakibatkan kecederaan pada Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.

Koroner Rofiah Mohamad menetapkan saksi ke-30 dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Amir Radzi Ab. Ghani untuk dipanggil bagi membantu inkues kematian anggota bomba itu pada 16 Julai nanti.

“Pemilihan pakar fizik untuk saksi membantu inkues dalam dua (nama) yang dicadangkan saya.

“Pastikan saksi ini dimaklumkan bersedia untuk membantu mahkamah dari segi persoalan dan yang diperlukan pada 16 dan 17,” katanya kepada pasukan pegawai pengendali,  barisan peguam Adib dan yang mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Menerusi semakan di laman web UiTM, Amir merupakan pensyarah kanan fakulti kejuruteraan.

Terdahulu Rofiah semalam berkata menerima dua cadangan nama daripada pihak KPKT.

Inkues memanggil seorang pakar fizik yang tiada berkepentingan apabila wujud pertikaian antara dua saksi sebelum ini iaitu Dr. Ahmad Hafizam Hasmi dan Prof. Dr Shahrom Abd Wahid.

Dalam pada itu, Rofiah memaklumkan tidak akan membuat keputusan berhubung keperluan untuk memanggil ahli patologi yang boleh membantu mahkamah dari sudut forensik sehingga saksi ke-30 selesai memberi keterangan kelak.

Untuk rekod, inkues ditubuhkan demi mengetahui punca kematian Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim yang meninggal 17 Disember 2018 selepas 21 hari dirawat di Institu Jantung Negara (IJN).

Sehingga kini inkues telah memanggil 29 saksi yang terdiri daripada orang awam dan pakar termasuk doktor yang merawatnya di IJN. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast