SEPANYOL – Atletico Madrid mengisytiharkan ‘perang’ terhadap juara La Liga Sepanyol, Barcelona.
Dalam satu kenyataan semalam, Atletico membidas sikap kurang ajar the Catalans yang menggunakan ‘jalan haram’ untuk merampas pemainnya Antoine Griezmann.
Rundingan membeli Griezmann berlangsung antara Barcelona dan Atletico sejak beberapa bulan lalu sebelum Presiden Nou Camp, Jose Maria Bartomeu mengesahkan minatnya terhadap khidmat pemain berusia 28 tahun itu.
Dalam sidang media semalam, Bartomeu menegaskan Barcelona kelab telah berunding dengan pemain.
Namun khabar angin tersebar kononnya pemain perancis itu telah menandatangani pra kontrak perjanjian bersama kelab tersebut pada Mac lalu.
Barcelona dijangka membayar 107 juta pound untuk bintang Perancis itu selepas klausa pelepasan pemain tersebut turunĀ daripada 180 juta pound 1 Julai lepas.
Atletico dalam persediaan awal sudah merekrut Joao Felix dari Benfica.
Kini Atletico akan meminta UEFA dan La Liga mengambil tindakan ke atas Barcelona kerana menghubungi pemainnya tanpa kebenaran kelab.
Kenyataan Atletico juga mendakwa Barcelona dan Griezman langsung tidak menghormati kelab dan juga penyokongnya.
Pada 14 Mei lalu, Griezmann memaklumkan Miguel Angel Gil, Diego Pablo Simeone dan Andrea Berta mengenai keputusannya untuk meninggalkan kelab itu pada akhir musim lalu.
“Namun pada mesyuarat berikutnya, Atletico mendapati Barcelona dan Griezmann mencapai perjanjian pada Mac lalu selepas perlawanan timbal balik aksi Liga Juara-Juara Eropah antara Atletico dan Juventus.
“Maka merujuk kepada kenyataan Bartomeu hari ini, sangat jelas respons kami tidak memihak kepada mereka yang untuk membeli pemain kami dan difahamkan Barcelona dan pemain kami menunjukan sikap biadap ke atas kelab dan penyokong,” kata kenyataan itu.
Sementara Griezmann diarahkan untuk lapor diri segera ke latihan pramusim kelab itu minggu hadapan walaupun Pemain antarabangsa Perancis itu mengisytiharkan dia akan meninggalkan kelab pada Mei lalu.
“Susulan tindakan itu, kelab meminta pemain dan kakaknya yang berperanan sebagai agen serta peguamnya tampil ke latihan pramusim bersama rakan sepasukan lain,” sebut kenyataan Atletico lagi.- MalaysiaGazette