KUALA LUMPUR – Isteri Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan seolah-olah memberi bayangan dia kini sedang hamil anak pertama.
Menerusi Instastory di Instagram miliknya, Hana Azraa, 24, atau nama sebenarnya Nurhannah Azra Mohd. Zakir berkongsi video ketika mendapatkan rawatan di sebuah klinik pakar wanita.
Pada 8 Mei lalu, PU Abu menjelaskan dia dan Hana sudah berkahwin di Malaysia dan bukannya di Thailand seperti didakwa netizen.
Sebelum itu, PU Abu, 24, dan Ain A’fini Latif, 23, dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Adam Aysar di Hospital Shah Alam pada 7 Jun lalu.
Kontroversi rumah tangga PU Abu dengan bekas isterinya itu pernah mendapat perhatian netizen di laman sosial sekitar April lalu.
Nama Hana dikaitkan dengan kontroversi itu apabila didakwa sebagai punca perceraian antara pendakwah bebas itu dengan Ain.
Perceraian PU Abu dengan Ain selesai selepas talak dua dijatuhkan pada 16 Mei lalu. – MalaysiaGazette