Harry Maguire. foto The Sun

LONDON – Manchester United terus meluahkan keyakinan tinggi apabila yakin dapat mengatasi jirannya, Manchester City untuk mendapatkan pemain Harry Maguire, lapor Daily Mail.

Pengurus pasukan, Ole Gunnar Solskjaer memberitahu, pemain pertahanan Leicester City itu menjadi pilihan utama dalam rombakan untuk membina semula pasukannya.

Malah, katanya United sanggup menyediakan tawaran kontrak yang lumayan buat pemain berusia 26 tahun itu.

Rundingan antara kedua-dua kelab dengan Leicester City kini berjalan dengan harga bidaan pemain itu sebanyak £85 juta (RM439 juta).

Maguire yang juga bek tengah England mendatangani kontrak bersama Leicester harga £17 juta (RM90.49 juta) dari Hull City dua tahun lalu.

Bagaimanapun, nilainya naik mendadak selepas prestasi cemerlangnya pada Piala Dunia 2018 di Rusia. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast