PU Abu

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas yang dikenali PU Abu Sufyan mengakui rumah tangganya berdepan konflik dengan isteri baharunya, Hana Azraa baru-baru ini.

Bagaimanapun, PU Abu menafikan dakwaan sudah tidak tinggal sebumbung lagi malah hubungan mereka masih baik.

“Hubungan saya dengan isteri saya, Hana Azraa masih baik-baik saja, masih okey dan kami masih tinggal sebumbung.

“Spekulasi yang berlaku baru-baru ini hanyalah konflik kecil sahaja, biasalah rumah tangga sedangkan lidah lagi tergigit apakan pula kusyen dengan sofa.

“Kepada netizen mohon doakan yang baik-baik supaya kami boleh hidup dalam keadaan baik dan harmoni,” katanya dalam satu rakaman video yang dimuat naik di Instagramnya malam tadi.

Baru-baru ini, Hana Azraa mendedahkan rumah tangga mereka kini dilanda badai dan bakal bercerai.

Dakwa Hana, mereka sudah tinggal berasingan di Kuala Lumpur dan Kedah.

PU Abu juga dalam pada itu menasihati semua pihak agar berhenti membuat sebarang spekulasi susulan berhubung isu rumah tangganya yang sedang hangat diperkatakan.

“Kepada sesiapa yang tak tahu asal-usul cerita A sampai Z lebih baik diam atau tak ulas apa-apa sebab kalau kita cakap pasal benda tu dan tak betul boleh jadi fitnah!

“Kalau betul pun boleh jadi mengumpat! Lebih baik diam daripada kita cakap benda tak baik pasal orang, lebih baik doa yang baik- baik.

“Kalau kita dengan Tuhan boleh minta ampun secara terus tetapi kalau dengan manusia kita kena cari dia di Padang Mahsyar untuk minta maaf dengan dia,” pesannya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast