KUALA LUMPUR – Isteri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Shamsidar Taharin tidak melepaskan peluang bagi mengucapkan ucapan selamat hari lahir kepada Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali.

Dalam satu ciapan di Twitter, Shamsidar memanggil isteri Perdana Menteri itu sebagai bonda.

“Happy birthday bonda. Semoga Allah memberkati usia dengan segala kebaikan terus menjadi inspirasi dan amal diterima sebagai sedaqah jariah.

“Dikuniakan kebahagiaan di Dunia dan Akhirat
Barakallahufeek🌹#TunSiti93
@kasih_malaysia,” ciap beliau di Twitternya hari ini.

Hubungan keluarga Azmin dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad  dianggap rapat apabila Timbalan Presiden PKR itu sendiri secara terang membuat kenyataan bahawa kedua-dua mereka umpama bapa dan anak.

Sebelum itu, Mohamed Azmin juga dianggap sebagai anak angkat Mahathir sejak dahulu lagi.

Dalam satu temubual pada tahun 2013, Mohamed Azmin berkata, hubungannya dengan Mahathir bermula ketika beliau menjadi pemimpin pelajar di Amerika Syarikat semasa melanjutkan pelajarannya di University of Minnesota.

Malah Mahathir sendiri yang memilih tarikh perkahwinan Azmin dengan Shamsidar pada 7 Ogos 1988.- MalaysiaGazette