Wan Ji Wan Hussin
Wan Ji Wan Hussin

SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menangguhkan hukuman penjara satu tahun terhadap Wan Ji Wan Hussin atas kesalahan menghasut Sultan Selangor dan Institusi Raja.

Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Abdul Halim Aman selepas mendengar permohonan penangguhan dari peguam penceramah bebas itu.

Dengan itu, Wan Ji akan dibebaskan dari menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang hari ini, sementara menunggu keputusan rayuannya di Mahkamah Rayuan nanti.

Beliau dibawa ke penjara Selasa lalu, selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak permohonan sabitan dan hukuman sembilan bulan yang dijatuhkan Mahkamah sesyen Shah Alam sebelum ini.

Wan Ji ditahan dan didakwa atas pertuduhan menghasut Sultan Selangor dan sultan lain di bawah Akta Hasutan setelah mengeluarkan kata-kata kesat menerusi akaun Facebook beliau.

Beliau kemudian dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 10 September 2014 dan mengaku tidak bersalah menerbitkan perkataan menghina Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Pada 9 April 2018 pula, Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Mohd Sabri Ismail menjatuhkan hukuman sembilan bulan penjara selepas mendapati Wan Ji bersalah terhadap pertuduhan itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast