KOTA BHARU – Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) sedang berura-ura untuk menternak lembu wagyu di Kelantan.

Ahli Lembaga KADA, Mohd Zulkifli Zakaria berkata, idea berkenaan diilhamkan oleh Pengerusi KADA Senator Datuk Husam Musa selepas melihat dua individu baru-baru ini membeli lima ekor lembu wagyu dari Thailand yang melibatkan kos hampir RM100,000.

Lembu itu diternak di Tumpat dan Salor di sini.

“Kita akan melihat dahulu perkembangan ternakan lembu wagyu oleh dua individu berkenaan dan jika sesuai, KADA akan usahakan untuk diternak secara besar-besaran,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Perasmian Koperasi Keusahawanan Penternakan dan Pertanian Kelantan Berhad di Kampung Tegayong Melor di sini, hari ini.

Hadir sama, Penolong Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Kelantan Zariah Zakaria dan Pengerusi Penaja koperasi tersebut Datuk Mohd Rozaman Yahya.

Ternakan itu biasanya diimport dari Jepun, Amerika Syarikat (AS) dan Australia.

Semakan harga secara online di salah sebuah pasaraya di Malaysia menunjukkan satu kilogram daging lembu wagyu berharga RM446.90. (Wagyu bererti lembu Jepun). – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast