SEGAMAT – Seorang penoreh getah yang disyaki menyerang dan menetak dua orang warga emas sehingga mengakibatkan kematian mereka dalam kejadian di Buloh Kasap semalam, direman selama tujuh hari bermula hari ini.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Salina Omar yang membenarkan suspek berusia 33 tahun itu direman sehingga 19 Julai ini bagi membantu siasatan.

Suspek yang memakai baju-T putih dan berseluar pendek merah tiba di Kompleks Mahkamah Segamat kira-kira pukul 9.30 pagi.

Dalam kejadian kira-kira 6 petang semalam, dua orang lelaki warga emas masing-masing berumur 74 dan 60 tahun mati ditetak dengan parang di sebuah kedai makan dan gerai durian oleh seorang lelaki yang mengamuk serta membuat serangan secara rambang. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast