KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengucapkan selamat hari lahir kepada isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd. Ali yang menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-93, semalam.

Pada masa sama, Dr Mahathir turut mengucapkan terima kasih kepada Dr Siti Hasmah kerana sentiasa menemaninya dan atas sikap sabar wanita itu.

“Happy Birthday to my wife Hasmah. Terima kasih kerana sentiasa bersama dan menemani saya.

“Saya sedar masa saya banyak dihabiskan dengan bekerja lebih-lebih lagi sekarang, kerana itu saya menghargai kesabaran isteri saya. Semoga diberkati Allah sentiasa,” kata Perdana Menteri menerusi catatan di akaun Twitter dan Facebooknya.

Rabu lalu, Dr Mahathir menyambut hari kelahirannya yang ke-94. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast