Reaksi seorang peniaga durian di gerai mereka ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 14 JULAI 2019

Saiznya besar, baunya unik dan isinya dilindungi oleh kulit yang berserat dan berduri. Buah durian juga menghasilkan aroma yang kuat dan amat terkenal di Asia Tenggara dengan gelaran “raja buah”.

Buah durian boleh membesar sehingga 30 sentimeter (12 inci) panjang dan 15 cm (6 inci) diameter, dan lazimnya berat buah durian sekitar satu hingga tiga kilogram. Bentuknya berbeza daripada bujur hingga bulat, warna kulitnya daripada hijau hingga perang, dan isinya daripada kuning pucat hingga merah, bergantung kepada baka.

Terdapat pelbagai jenis buah durian yang boleh didapati dipasaran, kebanyakkannya berasal dari negeri Perak, Pahang, Selangor, Johor, Pulau Pinang dan Kelantan.

Bagi warga kota terutama yang menetap di Kuala Lumpur, amat mudah untuk mereka mendapatkan atau merasai isi durian yang datang dari pelbagai negeri.

Ini kerana terdapat ramai peraih dan peniaga yang menjual buah durian dari pelbagai negeri dan jenis di ibu kota Kuala Lumpur. Harga yang ditawarkan juga berbeza-beza mengikut musim dan kualiti isi durian. Terdapat juga peniaga yang menjual mengikut kilogram dan ada juga yang menjual mengikut biji.

Rata-rata peniaga durian di Kuala Lumpur kelihatan tidak kehabisan stok buah durian. Ini kerana di semenanjung Malaysia, musim buah durian berbeza bagi setiap negeri. Jadi penjualan buah durian dapat diteruskan kerana sentiasa ada buah baru yang tiba dari pelbagai negeri.

Selain itu dengan kemajuan teknologi, pelbagai baka-baka pokok durian yang baharu dihasilkan serta berbuah sebanyak dua kali setahun.

Selain dari isi durian dinikmati secara terus, terdapat juga gerai-gerai disekitar Kuala Lumpur yang menawarkan cendol berisi durian segar. Kini penggemar durian tidak perlu menunggu terlalu lama bagi setiap musim buah durian bermula dan dapat menikmati isi buah durian dengan pelbagai cara seperti cendol isi durian segar. Ini kerana hampir setiap negeri pengeluar buah durian berbuah dua kali setahun dan berbeza bulan.

MGF14072019_Photo Essay Durian_09
Buah durian segar dari beberapa buah negeri tiba sebelum diasingkan mengikut jenis dan kualiti ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 14 JULAI 2019
MGF14072019_Photo Essay Durian_12
Sebahagian gelagat peniaga durian yang sedang mengasingkan durian mengikut jenis dan kualiti di gerai mereka ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 14 JULAI 2019
MGF14072019_Photo Essay Durian_01
Sebahagian gelagat peniaga durian yang sedang mengasingkan durian mengikut jenis dan kualiti di gerai mereka ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 14 JULAI 2019
MGF14072019_Photo Essay Durian_02
Sebahagian gelagat peniaga durian yang sedang mengasingkan durian mengikut jenis dan kualiti di gerai mereka ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 14 JULAI 2019
MGF14072019_Photo Essay Durian_06
Sebahagian gelagat peniaga durian yang sedang mengasingkan durian mengikut jenis dan kualiti di gerai mereka ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 14 JULAI 2019
MGF14072019_Photo Essay Durian_19
Sebahagian gelagat peniaga durian yang sedang mengasingkan durian mengikut jenis dan kualiti di gerai mereka ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 14 JULAI 2019
MGF14072019_Photo Essay Durian_16
Sebahagian gelagat peniaga durian yang sedang mengasingkan durian mengikut jenis dan kualiti menarik perhatian penduduk sekitar yang melintasi gerai mereka ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 14 JULAI 2019
MGF14072019_Photo Essay Durian_17
Seorang pelanggan membuat pemeriksaan bagi memastikan kualiti isi durian yang dipilih berada dalam keadaan terbaik ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 14 JULAI 2019
MGF14072019_Photo Essay Durian_28
Sebahagian gelagat peraih durian yang sedang mengasingkan durian mengikut jenis dan kualiti ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 14 JULAI 2019
MGF14072019_Photo Essay Durian_24
Sebahagian gelagat peniaga durian yang sedang mengasingkan durian mengikut jenis dan kualiti menarik perhatian penduduk sekitar yang melintasi gerai mereka ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 14 JULAI 2019
MGF14072019_Photo Essay Durian_30
Selain dari isi durian dinikmati secara terus, kebanyakkan gerai-gerai menawarkan cendol isi durian segar ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 14 JULAI 2019
MGF14072019_Photo Essay Durian_31
Kelihatan seorang kanak-kanak sedang menikmati cendol isi durian segar ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 14 JULAI 2019
MGF14072019_Photo Essay Durian_34
Kelihatan seorang pekerja sedang menyiapkan cendol isi durian segar ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 14 JULAI 2019
MGF14072019_Photo Essay Durian_33
Sebahagian gelagat peraih durian yang sedang mengasingkan durian mengikut jenis dan kualiti ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 14 JULAI 2019
MGF14072019_Photo Essay Durian_32
Pelanggan berbaris bagi mendapatkan cendol isi durian segar ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 14 JULAI 2019
MGF14072019_Photo Essay Durian_14
Kemudahan asas seperti meja, kerusi dan air minum disediakan peniaga bagi memudahkan pelanggan menikmati durian secara terus di gerai mereka ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 14 JULAI 2019
MGF14072019_Photo Essay Durian_38
Sebahagian gelagat peniaga durian dan pelanggan sedang memilih buah durian ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor. foto IQBAL BASRI, 14 JULAI 2019
MGF14072019_Photo Essay Durian_41
Sebahagian gelagat peniaga durian dan pelanggan sedang memilih buah durian ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor. foto IQBAL BASRI, 14 JULAI 2019
MGF14072019_Photo Essay Durian_42
Rata-rata pelanggan yang menikmati buah durian secara terus di gerai terdiri dari keluarga dan rakan-rakan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor. foto IQBAL BASRI, 14 JULAI 2019
MGF14072019_Photo Essay Durian_46
Sebahagian gelagat peniaga durian dan pelanggan sedang memilih buah durian ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 14 JULAI 2019
MGF14072019_Photo Essay Durian_49
Sebahagian gelagat peniaga durian dan pelanggan sedang memilih buah durian ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 14 JULAI 2019
MGF14072019_Photo Essay Durian_50
Kelihatan gerai buah durian dipenuhi penduduk tempatan bagi mendapatkan buah durian dari pelbagai negeri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor. foto IQBAL BASRI, 14 JULAI 2019
MGF14072019_Photo Essay Durian_45
Kelihatan gerai buah durian dipenuhi penduduk tempatan bagi mendapatkan buah durian dari pelbagai negeri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor. foto IQBAL BASRI, 14 JULAI 2019

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast