KAHERAH – Presiden Persekutuan Bola Sepak Senegal (FSF) memberi pandangannya kepada Sadio Mane kelab mana sepatut dia sertai ketika pasukan kebangsaan negara itu melangkah ke peringkat separuh akhir Piala Negara Afrika.
Senegal akan behadapan dengan Tunisia pada perlawanan tersebut dan bintang Liverpool itu telah mendedahkan betapa pentingnya beliau memenangi kejohanan tersebut.
Pemain berusia 27 tahun itu merupakan salah seorang pemenang kasut emas Liga Perdana Inggeris pada musim lalu dan adalah tidak memeranjatkan apabila mendengar pasukan gergasi Eropah berminat untuk mendapatkan khidmatnya.
Saee Sack memberitahu pemain itu untuk meninggalkan Liverpool dan menyertai Read Madrid pada musim panas ini.
Zinedine Zidane dilaporkan melihat pemain itu akan memaju Real ke hadapan, sekali gus membantu pasukan tersebut merapatkan jurang dengan musuh ketatnya, Barcelona.
Bercakap kepada akbar Mirror, Sack berpendapat masanya telah tiba untuk Mane meneruskan kariernya walaupun pemain itu baru sahaja menandatangani kontrak baru berjangka masa panjang di Anfield.
“Semua orang tahu Mane adalah pemain bola sepak terbaik dunia dan dia telah mencapai kejayaan yang besar dengan Liverpool pada musim lalu,” katanya.
“Dia bersama Mo Salah dan (Roberto) Firmino adalah menakjubkan. Tetapi ini adalah bola sepak dan dia telah memenangi Liga Juara-juara pada musim lalu dan dia berpeluang untuk ke Madrid.
“Pada pandangan saya (Real) adalah kelab terbaik dunia, walaupun saya adalah penyokong Barcelona saya masih berpendiriaan Real adalah yang terbaik dan Mane harus memikirkan tawaran secara serius,” katanya. – Agensi
telah berjumpa pemain itu