Matthijs de Ligt. Foto Metro

LONDON – Bintang pertahanan sensasi, Matthijs de Ligt sedang menghitung hari untuk menyertai Juventus selepas kelabnya, Ajax Amsterdam bersetuju dengan yuran perpindahan  bernilai 65 juta euro (RM399 juta).

The Sun melaporkan, pemain antarabangsa Belanda berusia 19 tahun yang juga kapten Ajax pada separuh akhir Liga Juara-Juara akan tiba di Turin hari ini dan menjalani pemeriksaan perubatan

De Ligt menjadi buruan banyak kelab utama Eropah selepas menampilkan aksi luar biasa buat Ajax dan Belanda musim lalu.

Dia bermain 117 perlawanan buat Ajax dalam semua kejohanan dan menjaringkan 13 gol termasuk tiga ketika kelab itu mara ke kelompok empat terakhir Liga Juara-Juara musim lalu tetapi tewas pada separuh akhir kedua kepada Tottenham.

De Ligt menjaringkan gol kemenangan di Turin ketika Ajax menyingkirkan Juventus pada suku akhir.

Ketika ini, dia telah mewakili Belanda sebanyak 17 kali.

Sebelum itu, Juventus memperkenalkan Aaron Ramsey, pemain tengah Wales yang bersetuju menyertai kelab itu pada Februari apabila kontraknya tamat bersama Arsenal. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast