SACC Mall yang terletak di Shah Alam.

KUALA LUMPUR – SACC Mall di bawah kendalian PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC) telah menerima penarafan Zon Perdagangan Terpilih (ZPT) Peringkat Zon Tengah.

Penarafan tersebut diberikan kepada SACC Mall kerana pusat beli-belah ini telah mencapai tahap terbaik dalam pematuhan undang-undang yang dikuatkuasakan oleh Bahagian Penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) selama tiga tahun berturut-turut.

“Kami sentiasa memastikan para peniaga mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan agar perniagaan di dalam pusat beli-belah milik PREC dapat dijalankan dengan telus dan hak-hak pengguna terpelihara dengan baik dari disalahguna, kata Ketua Pegawai Eksekutif PREC, Fakru Radzi Ab Ghani.

Radzi berkata, SACC Mall merupakan salah satu daya tumpuan para pelancong yang datang ke Shah Alam, selain Kompleks PKNS Shah Alam juga salah satu aset PREC yang sentiasa dibanjiri pengunjung terutama bulan Ramadan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast