KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan tokoh pejuang penentangan dasar aparteid dan kemiskinan, Nelson Mandela kecewa kerana tidak dapat membantu beliau semasa di dalam penjara.
Bekas Presiden Afrika Selatan itu katanya berusaha keras untuk membebaskan Anwar malah turut cuba mendapatkan rawatan kepadanya di Johannesburg.