Seekor harimau betina tidur lena di atas katil di sebuah rumah penduduk di Assam. foto Agensi

DISPUR – Seekor harimau betina terlepas dari taman hidupan liar di Assam yang diancam banjir didapati berada di atas katil sebuah rumah penduduk tempatan.

Haiwan itu dipercayai telah melarikan diri dari Taman Negara Kaziranga, di mana 50 ekor haiwan ditemui mati selepas banjir besar.

Sekumpulan kakitangan pemuliharaan hidupan liar tiba di rumah untuk membawanya balik.

Harimau itu kemudian dipandu laluannya ke arah hutan.

Menurut Wildlife Trust of India (WTI), harimau betina itu kelihatan kali pertama di lebuh raya pada pagi Khamis, kira-kira 200 meter dari Taman Negara Kaziranga.

Ia kelihatan agak terganggu dengan keadaan jalan yang sibuk dan mencari tempat persembunyian di dalam rumah yang berhampiran lebuh raya berkenaan.

Rathin Barman yang mengetuai operasi itu berkata, harimau tersebut memasuki sebuah rumah yang terletak bersebelahan sebuah kedai kira-kira 7.30 pagi dan tidur sepanjang hari.

“Ia sangat lebih dan dapat tidur lena,” kata Barman.

Kakitangan hidupan liar terpaksa menggunakan mercun untuk mengejutnya dan menghalang trafik untuk membawa harimau betina itu keluar dari rumah tersebut.

Ia kemudian diarah melintas jalan dan masuk ke laluan hutan.

Terdapat 110 ekor harimau di Taman Negara Kaziranga. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast