Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendengar tazkirah pada Majlis Zikir dan Selawat Nurul Anwar di kediamannya di Bukit Segambut, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 21 JULAI 2019

KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan majlis zikir dan selawat serta solat Maghrib dan Isyak berjemaah malam ini di kediamannya merupakan rutin yang diadakan setiap minggu sejak enam bulan lalu.

Justeru Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, tiada isu yang perlu dipolitikkan kerana ia melibatkan majlis keagamaan.

“Saya tiada mahu komen. Tiada apa-apa. Saya buat majlis ini setiap minggu malam Isnin sejak enam bulan lalu. Tiada isu pun.

“Saya tidak faham semua hendak dipolitik. Ini majlis mengaji dan solat. Nak datang boleh, jemput makan serta boleh solat sekali,” katanya kepada pihak media dalam nada kurang senang di luar kediamannya di sini.

MGF21072019_ZIKIR SELAWAT NURUL ANWAR_16
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap dengan sebahagian petugas media pada Majlis Zikir dan Selawat Nurul Anwar di kediamannya di Bukit Segambut, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 21 JULAI 2019

Anwar yang agak emosi tiba-tiba meminta pihak media jangan merakam kenyataan itu sebelum nadanya kembali menjadi lembut.

Beliau diminta mengulas majlis tersebut yang dikatakan menyaingi majlis doa kesyukuran membabitkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi yang juga Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor yang turut diadakan malam ini.

MGF21072019_ZIKIR SELAWAT NURUL ANWAR_10
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendengar tazkirah pada Majlis Zikir dan Selawat Nurul Anwar di kediamannya di Bukit Segambut, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 21 JULAI 2019

Sementara itu, lebih 300 tetamu menghadiri majlis bacaan Yasin serta solat Maghrib dan Isyak berjemaah itu yang sebelum ini menimbulkan pelbagai dakwaan liar.

Dalam pada itu, program rumah Anwar bermula sejak pukul 7 petang tadi itu dengan bacaan zikir dan selawat sebelum diteruskan solat Maghrib dan bacaan surah Yasin sebelum dihabiskan dengan solat Isyak. – MalaysiaGazette