SHAH ALAM – Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, beliau boleh melupakan konflik dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan sedia bekerjasama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.sebagai satu pasukan.
Beliau berkata, kerjasama itu bukan perkara baru malah ia telah dilakukan timbalan presiden PKR itu sejak 20 tahun lalu.
“Ya, dia sebagai presiden parti dan saya pula timbalan presiden, awak jangan provok presiden dan timbalan presiden.
“Kita sudah bersama sudah berdekad lamanya,” katanya pada sidang media selepas Majlis Doa Kesyukuran buat dirinya di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor, di sini, hari ini.
Terdahulu Anwar dalam sidang media di pemukiman PKR di Port Dickson hari ini berkata, Mohamed Azmin masih timbalannya dan mereka perlu bekerjasama sebagai satu pasukan.
Ditanya tentang Resolusi Temu Rakyat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang ditandatangani beberapa pemimpin parti itu, beliau melihat PKR kini sudah bersatu.
“Alhamdulillah bagus PKR solid bersatu,” katanya lagi. – MalaysiaGazette