LONDON – Pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane mengesahkan c akan djual dan berharap pemain itu boleh mencari kelab baharu dengan segera.
Pengesahan itu dibuat selepas pengendali dari Perancis itu tidak menyenaraikan Bale dalam skuad Los Blancos ketika mereka tewas 1-3 kepada Bayern Munich pada aksi persahabatan pra musim semalam.
Sebaik tamat perlawanan, Zidane memberitahu Bale dipinggirkan kerana kelab tersebut sedang berusaha untuk menjual bintang Wales itu.
Zidane menegaskan dia tiada masalah peribadi dengan pemain berusia 29 tahun itu.
“Kami perlu berubah untuk membentuk pasukan baharu dan karier pemain itu bersama Real Madrid sudah berakhir.
“Bale tidak disenaraikan kerana Madrid cuba menjualnya. Lebih bagus jika dia boleh pergi hari ini.
“Kami harap dia boleh pergi segera dan ia pilihan terbaik untuknya. Kami berusaha menjualnya kepada kelab baharu,” katanya kepada Mirror.co.uk. – MalaysiaGazette