Zaid Ibrahim
Zaid Ibrahim

KUALA LUMPUR – Ahli DAP, Datuk Zaid Ibrahim berkata, beliau hairan kenapa Melayu begitu takut kepada kaum India dan Cina.

Sedangkan, katanya, kedua kaum itu antara bangsa yang memiliki minda terbaik di dunia, yang perlu dipelajari oleh orang Melayu jika mahu berjaya.

“Saya tidak tahu mengapa orang Melayu sangat takut kepada kaum India dan Cina.

“Mereka ini (India dan Cina) mempunyai minda yang terbaik dunia dan kita boleh belajar banyak perkara dari mereka,” katanya menerusi ciapan ringkas menerusi akaun Twitternya.

Tanpa merujuk lanjut, Zaid yang merupakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, antara yang patut orang Melayu berwaspada ialah golongan yang tamak.

Ciapan beliau itu mendapat reaksi positif beberapa netizen yang menyokong pandangannya.

Satesh Nair menyatakan, perkara itu berlaku mungkin disebabkan sikap orang Melayu yang tidak mahu berubah.

Beliau memberi pandangan, paradigma itu harus diubah supaya tidak berlaku amalan perbezaan bangsa yang ketara sehingga boleh menjejaskan perpaduan kaum.

Sementara itu, netizen yang menamakan dirinya sebagai Mohan pula cuba mengaitkan perkara itu berlaku disebabkan Ketuanan Melayu. – MalaysiaGazette