TERKINI : Kenyataan Tun M Cuba Redakan Suhu Politik – Saifuddin Nasution

PETALING JAYA – Kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang tidak mahu diperalat di sebalik kontroversi video seks di luar tabii mirip seorang Menteri Kabinet dilihat hanya untuk meredakan keadaan politik negara.

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, luahan Dr Mahathir itu lebih kepada mahu pimpinan negara untuk kembali fokus dan tanggungjawab utama kepada rakyat.