Fahmi Fadzil
Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR – Lembaga Disiplin PKR telah diminta menghubungi Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari bagi mendapatkan penjelasan mengenai kenyataannya baru-baru ini.

Begitu juga dengan Pengerusi PKR Perak yang juga Setiausaha Politik Presiden PKR, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, kata Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil.

Kedua-dua mereka antara beberapa ahli parti lain itu diminta berbuat demikian berhubung kenyataan mereka berkaitan isu video tular baru-baru ini.

Fahmi dalam satu kenyataan berkata, Biro Politik PKR telah memutuskan perkara itu selepas mengadakan mesyuarat malam tadi.

Selain itu, katanya, resolusi Pemukiman Pimpinan PKR di Port Dickson pada 19 hingga 21 Julai lalu juga telah dihantar kepada semua pimpinan yang tidak hadir untuk mereka teliti dan tandatangani.- MalaysiaGazette