MOSCOW- Persekutuan Tinju Rusia semalam membuka siasatan terhadap kematian peninju, Maxim Dadashev selepas perlawanan IBF Light-welterweight bertemu Subriel Matias di Amerika Syarikat Jumaat lalu.
Perlawanan dihentikan pada pusingan ke-11 sebelum peninju berusia 28 tahun itu dikerjakan ke hospital akibat pendarahan di otak selepas menerima tumbukan padu lawannya.
Bagaimanapun pembedahan yang dilakukan gagal menyembuhkan ahli sukan profesional itu.
Badan tinju Rusia itu mendakwa keadaan Dadashev bertambah kritikal selepas perlawanan itu.
Doktor mengesan ‘edema serebrum’ di kepala Dadashev sebelum melakukan pembedahan di otak.
Namun, pakar perubatan mengesahkan denyutan jantungnya berhenti pada Selasa lalu sebelum disahkan meninggal dunia.
Setiausaha Agung Persekutuan Sukan Tinju Rusia, Umar Kremlev mendakwa wujud unsur keganasan semasa di gelanggang.
“Kami kehilangan Maxim seorang ahli tinju terbaik negara yang tidak dapat diganti dengan mudah.
“Kami akan terus menyokong ahli keluarganya termasuk daripada segi kewangan.
“Kami akan melengkapkan siasatan itu sepenuhnya selepas satu tempoh masa tertentu dan serius untuk mengetahui kebenaran di sebalik insiden itu,” katanya. – Agensi