KUALA LUMPUR – Otai Reformis 1998 mencabar Menteri Besar Selangor, Amiruddin Shari mendedahkan kepada Ibu Pejabat Polis Bukit Aman siapa dalang di sebalik video hubungan seks sejenis.
Setiausahanya, Abdul Razak Ismail berkata, dengan membuat andaian bahawa dalang itu adalah seorang yang pernah mengalami perisriwa pahit kira-kira 20 tahun lalu secara tidak langsung meletakkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam bahaya.
“Secara terangan kita sebagai Otai Reformis ini membaca andaian menteri besar itu menjurus kepada Anwar.
“Kita marasakan andaian itu terlampau merbahaya kepada Anwar dan kita nak peringatkan kepada Amiruddin bahawa Selangor ketika ini menghadapi masalah air.
“Rakyat bising mengenai pencatuan air dan sepatutnya dia memberi perhatian kepada permasalahan rakyat,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Abdul Razak berkata, rakyat sekarang ini sedang marah kepada kerajaan Selangor kerana bawah kepimpinannya telah mengurangkan dana untuk Skim Kiss.
Tegasnya, ramai yang menerima bantuan Skim Kiss sebelum ini datang mengadu kepada Otai Reformis mengatakan bantuan telah dibatalkan.
Sebelum ini, katanya, rakyat miskin mendapat bantuan skim berkenaan, tetapi sekarang tidak lagi.
“Kita minta menteri besar memberi fokus menjaga kebajikan rakyat Selangor dan jangan bermain politik dakam isu video lucah ini.
“Kita juga minta jika kamu ada bukti, terus beritahu kepada polis siapa dalang utama. Janganlah berselindung di belakang ini.
“Hendak berpolitik kena berani. kamu kata dalang itu Anwar.. jelaskan ya itu Anwar kepada polis. Kita perlu kepada pemimpin yang lebih wibawa dalam apa kenyataan yang dibuat,” katanya.
Beliau turut menjelaskan, Otai Reformis tidak terlibat dalam politik PKR, bahkan hanya sebagai pendokong kepada gerakan reformasi.
Mengenai siasatan polis berhubung video itu, Abdul Razak berkata, pihaknya kagum dengan kecekapan polis yang disifatkan antara yang terbaik di dunia.
Bagaimanapun, katanya, agak pelik polis mengambil masa lama menyiasat video hubungan sejenis yang dikatakan turur melibatkan seorang lelaki mirip menteri kanan.
Pada masa sama, ujarnya polis berjaya menangkap lima lelaki bertopeng yang merompak satu keluarg di Kuala Langat dua hari lalu.
“Dalam kes rompakan sekeluarga di Kuala Langat, selepas cctv menayangkan rakaman itu, tidak sampai dua hari, dalam keadaan perompak memakai penutup muka, polis dapat menangkap mereka.
“Padahal gambar dalam rakaman itu agak kecil dan sukar nak cam.. tapi dalam kes videon intim gambar pelakunya terang benderang, polis tidak dapat tangkap,” katanya. – MalaysiaGazette