TERKINI : “18 Ahli Keluar Parti, 10,000 Mohon Masuk PKR Setiap Minggu” – Saifuddin Nasution

KUALA LUMPUR – Tindakan 11 daripada 18 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Masjid Tanah, Melaka yang keluar parti semalam dipercayai selepas kemahuan mereka untuk mendapatkan jawatan tidak ditunaikan.

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau tidak terkejut dengan perkembangan terbaru itu, lebih-lebih lagi ia dilakukan oleh ahli baharu.