PUTRAJAYA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mencatatkan peroleh hampir RM10 juta daripada pelaksanaan sistem tender dalam talian (JPJeBID).
Menurut ketua pengarahnya, Datuk Seri Shaharuddin Khalid, jumlah itu diperoleh sejak April lalu menerusi tujuh siri nombor pendaftaran.
“Dalam tempoh April sehingga ke hari ini, kita telah membina tujuh siri nombor dimana 6 daripada adalah di Wilayah Persekutuan dan satu di Kedah.