Vettel disarankan bersara dari Ferrari F1 jika benar hilang minat terhadap sukan itu.

JERMAN – Juara Dunia empat kali Formula 1, Sebastian Vettel dinasihati supaya bersara daripada dunia permotoran terunggul itu.

Bekas pelumba, Mika Salo mencadangkan itu langkah terbaik yang perlu diambil pelumba pasukan Skuderia Ferrari itu memandangkan Vettal kelihatan seolah-olah sudah hilang minat dalam sukan itu ketika ini.

Musim ini Ferrari dan Vettel yang dijangka menamatkan dominasi Lewis Hamilton dan pasukan Mercedes tidak tercapai.

Sebaliknya Mercedes dan Hamilton terus mendominasi setiap kejuaraan dan Ferrari gagal bersaing walaupun telah melakukan penambahbaikan kepada jenteranya.

Sudah enam tahun Vettel gagal membawa sebarang kejuaraan dunia bersama Ferrari.

Ia sekali gus mencetuskan persoalan terhadap keupayaan dan komitmen Vettel kepada Ferrari yang didakwa prestasinya semakin merudum.

Warga Jerman itu mengakui penalti yang memusnahkan kemenangannya dalam GP Kanada awal musim telah mengecewakan diri dan hilang minat terhadap Formula 1.

Maka Salo yang pernah menggantikan Michael Schumacher di Ferrari pada 1999 meminta Vettel berundur sekiranya benar pelumba itu hilang minat dalam perlumbaan terunggul dunia itu.

“Jika kamu hilang perasaan cinta terhadap sukan ini, adalah lebih baik kamu berhenti dan berundur segera demi kebaikan dan masa depan pasukan,” kata Salo.

Menurut Salo karier Kimi Raikonen juga tidak dilanda masalah sejak meninggalkanm Ferrari kerana dia berlumba selesa untuk pasukan Alfa Romeo tanpa sebarang tekanan seperti yang dihadapi bersama Ferrari dalam mengejar kejuaraan dunia.

“Kini kini berlumba seperti seornag pelumba profesional yang berpengalaman iaitu apa yang diharapkan Ferrari sebelum ini.

“Walaupun dia tidak dapat naik podium tapi dia berseronok dan berlumba sambil mengumpul seberapa banyak mata yang boleh tanpa sebarang tekanan dari pasukannya.

“Jika di Ferrari, dedikasi yang diharapkan pasukan adalah bertahap tinggi yang sukatr untuk dipenuhi kerana kamu berdepan saingan pasukan terunggul,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast