ROME – Siapa sangka seorang pelajar warga Amerika Syarikat (AS) yang hanya berusia 19 tahun tampil membuat pengakuan telah membunuh seorang anggota polis.

New York Times melaporkan, walaupun pada awalnya, pihak berkuasa Itali membuat rumusan anggota polis berkenaan, Mario Cerciello Rega dari Carabinieri yang ditikam beberapa kali itu telah diserang oleh warga Afrika Utara.

Cerciello Rega dipercayai telah ditikam awal pagi semalam ketika dalam cubaan menangkap dua orang yang disyaki mencuri beg seorang lelaki di wilayah tumpuan pelancong di Itali itu.

Namun selepas siasatan lebih mendalam mendapati dua pelajar AS terlibat secara langsung dalam serangan sehingga membawa kepada kematian anggota tersebut.

Polis yang kemudian menyerbu sebuah hotel mewah sebelum menangkap dua pelajar tersebut sebelum merakamkan pengakuan tersebut.

Ini merupakan berita paling mengemparkan negara itu apatah lagi membabitkan pembunuhan seorang anggota polis dan dilakukan oleh pelajar AS.

RegaRata-rata umum termasuk ahli politik melahirkan rasa marah berhubung insiden tersebut dan mahu perkara tersebut mendapat pengadilan.

Menteri Dalam Negeri Itali, Matteo Salvini dalam laman sosial Twitter beliau menggelar pembunuh itu sebagai celaka dan perlu diberikan pengajaran. 

Ciap Salvani yang begitu kecewa dan marah kerana pembunuhan itu juga mengesyorkan hukuman seumur hidup.

Luahan itu juga mendapat maklum balas yang turut bersetuju dengan emosi beliau dan berharap hukuman paling tegas dikenakan di negara ini.

Apa yang lebih menyayat hati, Mario Cerciello Rega baru sahaja melangsungkan perkahwinannya dua bulan lalu dan ketika kejadian beliau dalam pakaian biasa kerana bertugas memantau keselamatan sekitar bandar. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast