Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kontrak hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif dijangka didagangkan tinggi minggu depan ekoran ketidaktentuan, dengan pasaran kini menunggu dua perkembangan utama minggu depan.

Pedagang Phillip Futures Sdn Bhd Tan Kien Kiong berkata, mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka AS (FOMC) serta mesyuarat perdagangan AS-China di Shanghai akan menentukan arah tuju pasaran minggu depan.

“Pasaran emas dijangkakan kekal dalam aliran harga meningkat minggu depan,” katanya dan menambah rundingan perdagangan AS-China sangat sensitif kepada pasaran.

Perbincangan perdagangan AS-China akan berlangsung pada Selasa (30 Julai), manakala mesyuarat FOMC akan berlangsung pada Selasa dan Rabu.

Sepanjang minggu, kontrak hadapan Bursa Malaysia didagangkan bercampur-campur, menjejaki prestasi pasaran emas Comex, dolar US dan ringgit ekoran ketidaktentuan luaran.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, Julai 2019, Ogos 2019 merosot 36 mata kepada RM187.70, September 2019 susut 28 mata kepada RM188.10 dan Oktober 2019 susut 30 mata kepada RM188.40.

Jumlah dagangan sebanyak tujuh lot bernilai RM131,760 berbanding 38 lot bernilai RM715,840 pada minggu sebelumnya, manakala minat terbuka susut kepada 96 kontrak berbanding 99 kontrak sebelumnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast