KUALA LUMPUR – Pelakon Johnny Depp mendedahkan mukanya pernah dicucuh rokok oleh bekas isterinya, Amber Heard.

Kejadian itu berlaku ketika fasa awal perkahwinan mereka tahun 2015.

“Pada tanggal 8 Mac 2015, selepas umum mengetahui tentang pernikahan mereka, Amber telah melakukan satu lagi perbuatan kekerasan seperti yang berlaku sebelumnya,” menurut peguam pelakon itu, Adam Waldman

Kisah kontroversi pasangan ini muncul selepas Johnny membuat sejumlah tuntutan kepada bekas isterinya yang menjadi punca jarinya pernah patah.

Sebelum ini, Amber dikatakan telah melakukan kekerasan dengan melempar botol vodka ke arah Johnny sehingga menyebabkan jari bekas suaminya itu cedera parah.

Menurut Adam, akibat kejadian tersebut jari tengah di tangan kanan Johnny terpaksa dibedah.

Johnny telah membuat tuntutan sebanyak AS$50 juta (RM206 juta)  pada 1 Mac lalu akibat kekerasan yang dilakukan oleh Amber.

Untuk rekod, Johnny dan Amber berkahwin pada 2015 kemudian bercerai pada 2016.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast