TOKYO – Harga minyak dunia susut pada hari ini selepas Iran menggambarkan rundingan kecemasan mengenai perjanjian nuklear dengan kumpulan penandatangan sebagai “konstruktif “, sekali gus memberi isyarat bahawa ketegangan di Timur Tengah semakin reda.
Niaga hadapan minyak mentah Brent naik AS$0.23 atau 0.4 peratus kepada AS$63.23 setong oleh 0054 GMT. Harga naik 1.6 peratus pada minggu lepas.
Minyak mentah West Texas Intermediate Amerika Syarikat pula susut sebanyak AS$0.12 atau 0.2 peratus kepada AS$ 56.08 setong. WTI naik 1 peratus pada minggu lepas.
Pertemuan kecemasan dengan pihak-pihak perjanjian nuklear Iran 2015 adalah membina tetapi ada isu-isu yang tidak dapat diselesaikan.
Tehran pula akan terus mengurangkan komitmen nuklear jika Eropah gagal menyelamatkan pakatan tersebut, kata pegawai Iran, Abbas Araqchi.
“Atmosfera membina. Perbincangan adalah baik. Saya tidak boleh mengatakan bahawa kita telah menyelesaikan segala-galanya, saya hanya boleh mengatakan ada banyak komitmen, “kata Araqchi, perunding nuklear kanan Iran, kepada pemberita selepas pertemuan di Vienna.
Pertemuan itu tidak termasuk Amerika Syarikat, yang telah bertindak menarik balik perjanjian pada Mei 2018 dan melaksanakan sekatan terhadap eksport minyak Iran.
Namun, ketegangan kekal tinggi di sekitar Selat Hormuz, laluan minyak yang paling penting di dunia kerana Iran enggan melepaskan kapal tangki British yang dirampas tetapi membenarkan konsulat India untuk akses kepada 18 anggota kru India. – MalaysiaGazette