KUALA LUMPUR- RHB Bank Bhd. menerima kelulusan daripada Bank Negara Malaysia untuk memulakan rundingan bagi cadangan penjualan perniagaan insurans amnya, Tokio Marine Asia Pte Ltd.

RHB dalam satu kenyataan berkata, kelulusan tersebut sah dalam tempoh enam bulan dari tarikh 29 Julai 2019.

“Bank Negara Malaysia memaklumkan tiada bantahan untuk syarikat memulakan rundingan bagi cadangan melupuskan sehingga 94.7 peratus daripada kepentingan Tokio Marine dalam RHB Insurance,” katanya.

Tambah bank tersebut, butiran terperinci mengenai cadangan tersebut akan diumumkan selepas perjanjian dimeterai.

Pagi tadi, Bursa Securities menggantung dagangan saham-saham RHB Bank Bhd. susulan pengumuman tersebut.

Dagangan bagaimanapun disambung semula pada jam 2.30 petang.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast