Gelandangan ditemui mati dalam keadaan menyedihkan dikelilingi sampah di perhentian bas tepi jalan utama di Timur London semalam.

LONDON – Seorang lelaki gelandangan yang menjadikan perhentian bas sebagai tempat tinggal ditemui mati pagi semalam.

Kejadian berlaku di sebuah perhentian bas di Dalston di timur London.

Polis yang ditiba di lokasi kejadian telah mengalihkan semua barangan termasuk sampah sarap yang dikumpul gelandangan itu.

Mangsa dikenalpasti sebagai Mustafa didapati menggunakan perhentian bas itu sebagai tempat kediaman sementara sejak awal tahun lalu.

Ambulans dikejarkan ke lokasi kejadian Jumaat lalu selepas keadaan mangsa tidak sihat ekoran cuaca panas melebihi 38 darjah Celsius yang melanda Britain.

Namun beliau kemudiannya meninggal dunia dan ditemui orang awam pagi semalam dengan mayat itu ditutup dengan selimut dan dikelilingi beg makanan dan pakaian yang tidak digunakan di merata tempat.

Ngozi Fulani, yang menguruskan sistem bantuan kecemasan tempatan akan memeriksa keadaan mangsa secara kerap namun sayu selepas melihat nasib Mustafa.

Pada minggu lalu, Fulani meminta pihak berkuasa tempatan Hackney menghulurkan bantuan kepada mangsa selepas tahap kesihatannya semakin merosot.

“Dia dibiarkan mati seperti sampah di tepi jalan dan kematiannya diharap memberi rasa malu dan kesedaran kepada orang awam.

“Sudah beberapa kali saya merayu majlis tempatan untuk menghulurkan bantuan kepada gelandangan itu namun mereka gagal berbuat demikian,” katanya.

Dalam pada itu Ahli Parlimen Utara Hackney, Diane Abbott dan Stoke Newington mendakwa adalah sangat memalukan menyaksikan seseorang meninggal dunia dalam keadaan terdesak di sebuah negara yang ekonominya kelima terbesar dunia.

“Perdana Menteri baharu dan parti memerintah itu perlu rasa malu gagal menangani isu rakyat yang menderita tanpa kediaman di negara ini,” katanya. – MalaysiaGazette