Kompleks tahanan Uighur di Xinjiang. foto Agensi

BEIJING – Kebanyakan tahanan Xinjing telah kembali kepada masyarakat, menurut Pengerusi Xinjiang, Alken Tuniaz.

Bagaimanapun, beliau menolak untuk memberi anggaran individu yang telah ditahan di pusat tahanan tersebut.

Tetapi seorang jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat berkata, tidak ada bukti untuk menyokong pernyataan yang dibuat oleh Tuniaz.

Sebaliknya, kata beliau, Beijing perlu membenarkan Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Hak Asasi Manusia akses kepada dakwaan tersebut.

PBB sebelum ini mendakwa sekurang-kurangnya sejuta etnik Uighur dan kumpulan minoriti Muslim yang lain ditahan di kem di barat China itu.

Beijing menggambarkan kem berkenaan sebagai pusat latihan vokasional untuk menangani ekstremis agama dan tahanan diajar dengan kemahiran bekerja.

Tuniaz ketika ditanya dalam satu taklimat tentang jumlah tahanan berkata, angkanya adalah dinamik tetapi kebanyakanya telah berjaya mendapat pekerjaan.

“Pada masa ini, kebanyakan mereka yang mendapat latihan sudah pun kembali kepada masyarakat, kembali ke kediaman mereka,” katanya.

Tambahnya, negara-negara individu dan media mempunyai motif tersembunyi, telah terbalikkan maklumat betul dan salah dan memfitnah (China) berhubung pusat berkenaan.

China tidak pernah mengeluarkan sebarang angka jumlah individu yang ditahan di kem berkenaan dan telah mengehadkan akses kepada penyiasat bebas. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast