KUALA LUMPUR – Pengacara dan penyampai radio, Che Puan Sarimah Ibrahim mendedahkan dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak tujuh kilogram (kg) dalam tempoh 11 hari semasa berpantang.

Wanita berusia 41 tahun itu turut telah berkongsi sekeping swafoto selepas bersalin anak pertama, Tunku Sofia Najihah pada 19 Julai lalu.

Menerusi kapsyen yang ditulis, Sarimah memberitahu dia sedang beransur pulih namun berasa gembira dalam masa yang sama.

Sementara, foto Sarimah yang melepaskan rambut dan bermekap nipis itu telah menarik perhatian seorang netizen.

“Dalam pantang no free hair and no make up. Those days during my time is different. Now so much different. Well hard to say apa-apa pun up to individual,” tulisnya.

Namun Sarimah tampil memberi penjelasan.

“Its ok. I’m half Malay half Irish. So I follow two types of pantang. Thank you,” tulis Sarimah.

Sarimah melangsungkan perkahwinan dengan cucu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar atau Tunku Jamie pada 2 April 2015. – MalaysiaGazette