Walaupun permintaan dana daripada kerajaan merupakan perkara yang agak biasa, tetapi apa yang berlaku ke atas Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng ternyata luar biasa apabila beliau menerima permohonan peruntukan untuk mengusir hantu.
Lim Lip Eng

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen DAP Kepong, Lim Lip Eng berkata, pihaknya akan membuat laporan polis terhadap pihak-pihak yang didakwa telah membuat ugutan dan serangan terhadapnya berhubung cadangan kerajaan memperkenalkan tulisan khat di sekolah rendah.

Menyifatkan ugutan dan serangan itu dibuat tanpa usul periksa, Lip Eng turut menyelar suara rasmi Pas, Harakahdaily yang menyiarkan satu laporan bertajuk “Khat Jawi disamakan MP DAP dengan tahi lembu”.

Katanya, kenyataan yang dipetik Harakah dan pihak-pihak lain itu adalah petikan daripada perenggan penutup rencana tulisan Fa Abdul, kolumnias Malaysiakini.

“Harakah telah dengan niat jahat mendakwa saya sebagai pembuat kenyataan terbabit.

“Pejabat saya akan membuat laporan polis terhadap mereka yang telah membuat ugutan dan serangan terhadap saya tanpa usul periksa,” katanya dalam hantaran di Facebook DAP Kepong malam ini.

Tulisan yang dimaksudkan Lip Eng adalah: “While education ministers in our neighbouring countries are planning to introduce computer programming language (coding) to their young students, let us not rub cow manure on our faces by introducing khat. Please”

Awal hari ini Lip Eng telah memuatnaik tulisan tersebut di laman sosialnya, namun selepas menerima kritikan dan kecaman, beliau telah menyunting hantarannya dengan membuang frasa ‘let us not rub cow manure on our faces by introducing khat’.

DAP Khat

Tidak lama selepas suntingan tersebut, hantaran tersebut kemudiannya didapati lesap dari laman sosial Ahli Parlimen Kepong itu.

Mengulas bantahan pelbagai pihak terhadap cadangan kerajaan memperkenalkan pembelajaran tulisan khat jawi dalam subjek Bahasa Melayu Tahun 4 bermula tahun depan, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, cadangan tersebut akan diteruskan.  – MalaysiaGazette