TURIN – Juventus memberi tempoh terhad kepada Paulo Dybala untuk menyatakan persetujuannya berhijrah ke Manchester United.
Hari ini merupakan hari terakhir bintang Argentina itu perlu memutuskan sama ada mahu kekal bersma Juventus atau menyertai skuad the Red Devils.
Kedua-dua kelab Seria A dan LIga Perdana Inggeris itu bersetuju untuk bertukar pemain antara Romelu Lukaku dan Dybala musim ini.
Namun perjanjian itu tidak dimuktamadkan memandangkan Dybala belum menyatakan keputusannya walaupun Mauricio Sarri sudah mengesahkan pemain itu tidak ada dalam pembangunan skuad baharunya.
Malah tuntutan 13.7 juta pound sebagai yuran rundingan oleh egen pemain itu kepada Manchester United mengakibatkan skuad Ole Gunnar Solskjaer tidak bersedia untuk bersetuju dengan pembelian itu.
Lukaku sudah bersetuju berhijrah ke Serie A musim ini. – MalaysiaGazette