Abdul Kadir Sheikh Fadzir
Abdul Kadir Sheikh Fadzir

KUALA LUMPUR – Penghina agama Islam dan Nabi Muhammad patut dihukum penjara sehingga 100 tahun, tegas Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

Beliau berkata, hukuman terlalu ringan dan ada kalanya denda agak kecil bagi pesalah terbabit, menyebabkan pihak tertentu tidak perit untuk terus menghina agama Islam.

“Ini (menghina Islam dan Nabi Muhammad) kerja orang jahat. Tidak ada tempat untuk orang jahat berada di sini (Malaysia).

“Saya cadangkan kerajaan pindaan akta berkaitan agar pesalah terbabit dikenakan hukuman penjara sehingga 100 tahun. Biar dia mati dalam penjara,” katanya kepada MalaysiaGazette di sini.

Beliau diminta mengulas kejadian menghina Nabi Muhammad yang semakin serius sejak Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pemerintahan Mei tahun lalu.

Terbaharu, seorang pemilik akaun Facebook Wendy Loong dikecam hebat oleh umat Islam kerana memuatnaik lakaran mengina Tuhan dan Nabi Muhammad.

Lebih 100 laporan polis termasuk dari Dewan Pemuda Ikatan Malaysia telah dibuat terhadap Wendy Loong dan sehingga kini polis dikatakan masih menjalankan siasatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast