Menteri Dalam Negeri (KDN), Tan Sri Muhyiddin Yassin membaca buku 'Human Trafficking' sambil diiringi Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Alwi Ibrahim (kanan) ketika melawat pameran pada Pelancaran Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) - Joining Hands Against Modern Slavery (JHAMS) di Hotel JW Marriott, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 05 OGOS 2019

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri akan menyediakan latihan kemahiran asas dan pensijilan kepada mangsa pemerdagangan orang.

Menteri, Tan Sri Muhyiddin berkata, mangsa kemudian akan dilantik dan bekerja dengan pegawai penguatkuasa undang-undang.

“Pada tahun ini kerajaan memulakan inisiatif strategik untuk menyediakan latihan kemahiran asas dan pensijilan bagi mangsa pemerdagangan orang

“Pakar Bantuan Mangsa (VAS) juga dilantik untuk bekerja dengan pegawai penguatkuasa undang-undang, pendakwa dan anggota lain dalam sistem keadilan jenayah,” katanya ketika berucap pada Persidangan Anti Pemerdagangan Manusia Kebangsaan 2019 di Hotel JW Marriot, di sini, hari ini.

Muhyiddin juga menggesa semua pihak sama ada agensi kerajaan mahupun swasta agar memperkukuhkan kerjasama untuk membanteras pemerdagangan manusia.

“Usaha membanteras pemerdagangan manusia menjadi agenda penting negara.

“Malaysia akan terus memperkukuh dna menambah baik undang-undangnya serta polisi untuk menindas jenayah ini.

“Saya menggesa agensi kerajaan, pertubuhan sosial sivil dan institusi antarabangsa untuk memperkuatkan kerjasama melawan jenayah ini,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast