KUALA LUMPUR – Primadona filem, Erra Fazira akhirnya selamat berangkat ke Tanah Suci bagi mengerjakan haji setelah memendam hasrat untuk melaksanakannya lebih lima tahun lalu.
Erra berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur bersama jemaah lain malam tadi.
Menerusi gambar yang tular di media sosial, suasana ketika di rumah Erra menjadi sayu apabila ibu tunggal itu dilihat memeluk erat anaknya, Engku Aleesya sambil alunan azan dilaungkan.
Wanita beruErra berlepas ke Tanah Sucisia 45 tahun itu sebelum ini berkata, niat untuk mengerjakan haji sudah tersimpan sejak lima tahun lalu.
“Alhamdulillah, doa saya dimakbulkan apabila dijemput Allah menjadi tetamu-Nya. Sudah tentu saya berharap pemergian ke sana akan menjadikan diri lebih baik, berbanding sebelum ini,” katanya yang juga dikenali sebagai penyanyi dan pengacara.
Erra bakal menunaikan rukun Islam kelima itu bersendirian tanpa mahram. – MalaysiaGazette