Ketua Polis Daerah Kangar Supt Wari Kiew berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 11 pagi semasa pelajar itu berseorangan diri di halaman rumahnya, sebelum didatangi dua lelaki yang menaiki kereta Perodua Viva berwarna hitam.

NILAI – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja perempuan warga Ireland Nora Anne Quoirin, 15, diteruskan 24 jam dengan usaha mencari pada sebelah malam bertumpu di bahagian darat.

Ketua Polis Daerah Nilai, Supt Mohd Nor Marzukee Besar berkata, operasi SAR sejak hari pertama remaja itu dilaporkan hilang, tetap diteruskan tanpa henti meskipun ketika waktu malam.

“Operasi SAR di waktu malam memang kita teruskan kecuali pemantauan Pasukan Gerakan Udara yang hanya dijalankan pada sebelah siang,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Tinjauan Bernama mendapati anggota keselamatan dilihat masih mengawal laluan menghala ke resort The Dusun, Pantai, di sini dan petugas media juga tidak dibenarkan berada di kawasan itu memandangkan keadaannya yang gelap, selain berbahaya.

Selain itu, kenderaan unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ambulans unit Emergency Medical Rescue Services (EMRS) Jabatan Bomba dan Penyelamat juga dilihat berlegar-legar di sekitar lokasi pencarian.

Laluan menuju ke resort pada sebelah malam juga gelap dan hanya bergantung kepada lampu kenderaan untuk melalui kawasan berkenaan selain jalannya yang berliku.

Agensi keselamatan yang terlibat dalam SAR antaranya polis, Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 4 Semenyih, PGA Batalion 3 unit Senoi Praak, bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Jabatan Perhutanan negeri, kakitangan Sapura, serta penduduk tempatan, termasuk Orang Asli.

Pencarian Nora Anne, yang masuk hari ketiga hari ini diteruskan secara bersepadu dengan tumpuan diberikan di kawasan lereng bukit dan sungai.

Tumpuan pencarian juga masih di sekitar kawasan sekeliling resort berkenaan seluas empat hektar dan dipecahkan kepada empat sektor selain tinjauan dari udara.

Ahad lepas media melaporkan remaja berkenaan disedari hilang daripada bilik penginapannya di sebuah resort di sini oleh keluarganya pada pukul 8.00 pagi. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast