SEOUL – Korea Utara telah membedil dua lagi peluru berpandu yang tidak dikenal pasti – pelancaran keempat dalam tempoh kurang dua minggu.
Dua peluru berpandu itu dilepaskan dari wilayah selatan Hwanghae merentasi semenanjung ke laut timur, menurut kenyataan tentera Korea Selatan.
Amerika Syarikat dikatakan sedang memantau situasi dan beruding dengan Korea Selatan dan Jepun.
Pyongyang dipercayai melahirkan rasa marah dengan latihan ketenteraan Amerika Syarikat dan Korea Selatan yang dijalankan pada hari Isnin.
Latihan tahunan itu dilaksanakan dengan lebih ‘perlahan’ tetapi Korea Utara menyifatkan ia sebagai melanggar perjanjian yang dicapai dengan Presiden Donald Trump dan Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Utara menuduh kedua-dua sekutu itu “memainkan segala macam helah” untuk membenarkan latihan ketenteraan dan berkata “sifat agresif” mereka tidak dapat ditutup.
Korea Utara telah menjadi subjek sekatan Amerika Syarikat dan antarabangsa terhadap pembangunan senjata nuklear Pyongyang dan beberapa ujian peluru berpandu. – MalaysiaGazette