NEW YORK – Lego melancarkan set kafe, Central Perk, yang terdapat dalam penggambaran sitcom komedi, Friends sempena ulang tahun sitcom itu yang ke-25.

Set kafe itu mengandungi 1,079 kepingan lego dan ia sesuai digunakan sebagai ‘permainan dan pameran selain menarik perhatian di dalam sebarang bilik’, menurut kenyataan syarikat tersebut.

Set itu meliputi patung kecil karekter yang terdapat dalam sitkom tersebut (Ross, Rachel, Chandler, Monica, Joey, Phoebe dan Gunther), kepingan tempat duduk dan perabot.

friends 3“Pemilik (set kafe) boleh membuat pentas di mana Phoebe Buffay menyanyi dan bermain gitar (dan Ross Geller bermain keyboard) selain ia mengandungi mesin kopi, balang biskut dengan dua keping biskut, papan menu dan item lain,” kata kenyataan itu.

Sitkom komedi itu dibintangi Jennifer Aniston, Courteney Cox, Lisa Kudrow, Matt LeBlanc, Matthew Perry dan David Schwimmer.

Set Lego itu akan mula dijual pada 1 September ini. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast