ENGLAND – Legenda Liverpool, Jamie Carragher percaya Frank Lampard akan menyesal kerana memilih untuk kembali ke Chelsea begitu awal.
Carragher berpendapat masih terlalu awal dan bekas legenda itu tidak sepatutnya mengambil tanggungjawab menguruskan the Blues.
Lampard menghabiskan hanya satu musim bersama Derby County sebelum bersetuju menggantikan Maurizio Sarri di Stamford Bridge.
Chelsea kini digantung terlibat dalam sebarang aktiviti merekrut atau menjual pemain selama dua jendela iaitu Ogos dan Januari depan.
Lampard merupakan pengurus ke-14 dibawah Roman Abramovich dalam masa 16 tahun pengambilalihannya.
Carragher tidak merendahkan keupayaan Lampard namun risau Lampard salah pilih kelab pada waktu yang salah.
Saya merasakan Lampard patut diberi masa dan ruang secukupnya untuk membangunkan karier kejurulatihannya.
“Tidak adil memberi Lampard tugas jurulatih dan menetapkan tarikh akhir untuk mengembalikan kegemilangan yang direkodkan bekas pengurus Chelsea.
Ramai berpendapat pelantikan Lampard merupakan bukti perubahan hala tuju di Stamford Bridge. – MalaysiaGazette