KUALA LUMPUR – Pelakon Nabila Huda menarik perhatian netizen gara-gara penampilannya persis selebriti Rozita Che Wan atau Che Ta.
Menerusi Instagram miliknya, Nabila atau lebih mesra dengan panggilan Abil memuat naik beberapa foto dia yang mengenakan jersi bola berwarna kuning dipadankan seluar berwarna hitam serta bertudung.
Berdasarkan latar belakang dalam foto-foto yang dimuat naik, hos Muzikal Lawak Superstar ini seperti berada di dalam sebuah stadium.
Malah pada salah satu gambar Abil memberitahu. dia datang seorang diri ke stadium untuk menyaksikan perlawanan bola.
“Kami ghasa bujang la haqhi ni pi tengok bola soghang dighi. Kami tinggaikan anak laki kat qhumah,” tulisnya dengan loghat utara.
Pada satu lagi gambar, ibu anak satu ini menulis kapsyen seperti sama ada cubaannya meniru gaya dan bahasa aktres itu menjadi atau tidak.
“Rasa-rasa kami luluih daq jadi macam hangpa? @rozitachewan1,” tulisnya pada gambar menunjukkan dia membuat gaya ketawa. – MalaysiaGazette